Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga
Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang
paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini
kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah
mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan
pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan
budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita
kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan
keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi
Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan
bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan
Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti
kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan
berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya
ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan
keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat
baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap
keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku.
Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang
yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada
Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad
mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan
berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama
rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga
dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi
inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik
daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan
dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya
hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat
dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang
terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang
mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya
yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana
kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan
segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah
lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya
bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya
berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan
berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya
berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua
tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh
said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam
hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya
dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani
mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah
sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan
tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang
tergoda.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan
besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia
menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN
nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat
mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga
kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya “Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “Pelajarilah mereka!
Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah
sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu
,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati
suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia
kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
WANITA SOLEHAH
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita
menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang
penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
-
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
-
- Wajib menutup aurat
-
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
-
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
-
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
-
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
-
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
-
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
-
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- - Memelihara kewajipan terhadap suami
-
- Sentiasa menyenangkan suami
-
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
-
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
-
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
-
- Tidak keluar tanpa izin suami
-
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
-
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
-
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
-
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor
dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana
yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara
anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari
bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini
pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka,
di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan
Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan
atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.”
(Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke
perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah
memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang
dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah
s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan
kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi
orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
"Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah
Wanita yang solehah."