Monday, November 10, 2014

Coklat Oh Coklat

Kebaikan Coklat
 
 

* Kajian oleh Holland's National Institute of Public Health and Environment mendapati coklat mengandungi 4 kali lebih antioxidants (catechins) berbanding teh hijau, yang mampu mencegah kanser dan sakit jantung. Antioxidants juga mencegah proses penuaan (aging) yang disebabkan oleh free radicals [Fakta: 100mg teh mengandungi 13.9 milligrams catechins; 100mg 'dark chocolate' mengandungi 53.5 milligrams of catechins].


* Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran.

* Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.
* Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung.
* Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) - pernah dengar "makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah"?
* Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.
* Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium.
* Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca keroakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria. Tapi ini tidak bermaksud anda tidak perlu gosok gigi (mak suruh) sebelum tidur yea.





Namun, coklat juga ada keburukannya..

* Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
* Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
* Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.


* Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.






Birthday October & November

Assalamualaikum w.b.t

Nak cerita...betapa aku neyh sensitif yang melampau dengan my hubby...haha..
Alkisah.....
03 November 2014 aku and my hubby jalan2x dekat ikea and ikano menghabiskan duit...eh taklaa abiskan pun, beli lilin je..tak abis pun rm15..and then aku ajak b jalan kat ikano..and then aku ternampaklaa popular..akukan pantang nampak kedai buku..lagipun aku memang tengah mencari punch hole big circle..sj je survey, nak beli memang mahal sgt..tengah see2x and look2x, tetiber aku nampak nano block bentuk gitar..dahlaa warna kegemaran aku...dari dulu aku suke mende alah neyh...cantik and comel kalau wat hiasan..tapi memandangkan harga tak kena ngan barang dia, so rasa tak perlu kot...mahal sgt...aku saja tunjuk kat b, "b...comelkan??nak leh??" b ckp amik jelaa...aku cakap ish xnaklaa..mahal sgt, memain je...so aku tarik b kuar dari popular..b pun berleter2x arr tdi cakap nak...pastu xnak lak..haha..aku wat muke seposen je..

Balik dari ikano aku singgah umah kakyam..sampai2x umah dah dekat kul 12.00t/mlm...aku standby my b wish...rupanya dia lupe...aku punya angin satu badan...perghh..sampai ke esok aku diam je...merajuklaa konon...pepagi nk gi keje tuh baru b wish..tapi aku wat donno...padahal smlm tido lewat kot..tapi boleh dia lupe..eee mmg geram..haha..tapi sat je..malam tuh kitorang keluar beli barang umah, tetiber b wat suprise letak kek atas seat kete tempat aku duduk..nasib xterpenyek kek tuh aku duduk..haha..blueberry cheese..b beli dua slices je..kan klau beli byk sape lak nak makan..b berjaya memujuk aku..:) 

Birthday aku tahun neyh sangat bermakna kerana sambut dengan suami aku...insya Allah Dia berikan aku kekuatan dalam menghadapi hari2x yang mendatang, diberikan kesihatan yang baik and perkuatkan iman aku..Semoga Dia kurniakn aku kebahagiaan yg di dunia & di akhirat.Thanks to my hubby Syed Mohd Husairi for everything...i love you so much..;)


Alkisah suprise dekat abah
Plan last minute, kitorang jumpe reramai dekat KL...Abg Jib dari JB, KD dari penang, and aku ngan kakyam, yus, nadiah memang kat KL..07hb November tuh masing2x standby untuk gerak ke Gombak...aku tunggu b kat tempat kerja je...and bersiap pun kat situ je..aku ingat aku dah lambat, sekali kejap je dari Damansara ke Gombak..hehe..aku lak yang dah nak sampai dulu..sampai2x, abah tengah tidur..cian abah..sakit perut ibu kata..ibu pun kejutkan abah...Muke abah walaupun baru bangun tido, tapi muka happy sangat..bukan senang dapat reramai macam neyh..sure kakdah kakmar ngan abg mad jeles..tpi nak wat camaner..plan last minute...lagi pun diorang dari terengganu, mesti susah nak turun...sorry my sis2x and bro....:)

Tepat 12.00am, 08.November.2014 masing2x berebut nak salam abah, wish birthday..
best btol..and sebelum makan, yus baca doa untuk ibu bapa...
and aku doakan semoga Abah panjang umur, murah rezeki, sentiase diberkati and dkurniakan kesihatan yang baik..insya Allah..We'll love abah so much..:)
Malam tuh jamu makan nasi arab, perghh muak gile2x..nasib tak mutoh ijaa...haha..tgk yus ngan nadiah makan, byk btol..ish3x...
 

Malam tuh gerak balik ke rumah dekat2x kul 3pg..seronok sangat lepak and sembang reramai..Tak sedar dah lewat..patutlaa rase flat semacam..Esoknyer aku bangun awal sebab nk prepare nadiah punya wedding card..awal tak awal sangatlaa..dalam kul 9 lebih...subuh gajah aku..adoii..

Aku basuh muka and terus masuk bilik office aku...aku pun openlaa aku lappy...haa apekah ini???? ternampak something dalam plastik duk atas keyboard lappy aku.... SERIOUSLYYYY????
Berlari-lari aku masuk dalam bilik semula kacau b tido..."bbbbbbbb!!!!" terkejut b...haha..mau taknyer..excited gilerr...tengkiuuuu bbbbbbb..b gelak je...heheh....aku peluk and kiss my hubby..pastu aku marah dia dalam gurau...aku tak bg beli dia beli jugakk...ish3x...bila masa dia wat keje tak tauu..taukah ape dia??

TAA DAAAAAA


Seronok gileeee....tapi pening nak siapkan...at last reramai datang umah aku..ape lagi, "Yus, tolong siapkan..hihik.."


Koleksi barang2x comel dari my hubby...dia pun tau aku memang suka gile mende pelik2x and comel2x..haha...thanks b.....:)

"Sayangku Pada Mereka Kekal Hingga Denyutan Nadi Ini Terhenti"

Assalamualaikum w.b.t...
Ingat nak update pasal wedding, tapi lain pulak yang nak di update sambil duk layan lagu Eternity - Robbie William...

"Sayangku pada mereka kekal hingga denyutan nadi ini terhenti" Tulaa title yang agak merapu utk aku luahkan kat blog yang tak seberapa nie..

Arghh tak tau nape today tetiber nak rasa macam nie...dah lama tak rasa macam neyh...biasanya aku ignore je perasaan yang tak best neyh...

Aku tak tahu sampai bila aku nak layan perasaan emosional and sensitif yang agak tak bertempat neyh..haha..aku kena terima hakikat yang aku dah kahwin, dah ada kehidupan sendiri and aku takleh nak harap lagi perhatian dari orang lain especially my lovely siblings...mungkin diorang tak perasaan or aku je yang terlebih perasan bila diorang tak layan aku..haha..perlu ke ade rase camtu? Aku kena terima hakikat yang diorang dah besar, diorang dah ade kehidupan sendirian and aku tak perlu nak risau lelebih pasal diorang sebab diorang tau jaga diri sendiri and aku kena jaga diri aku sendiri..Nak jaga diorang macam dulu, erm tak tahulaa...diorang dah ade kerjaya yang bagus, dah belajar tinggi2x, dah jauh tinggalkan aku....sampai bile aku nak layan perasaan macam neyh? sampai bile nak downkan diri sendiri? wake up fati...wake up....u can do it! u know u better than anyone else.....hmm ok2x...

Aku kena sedar yang aku dah jauh tertinggal...jangan biarkan diorg pandang aku sebelah mata...dont let them treat u like a child...aku tau diorang sygkan aku...cume nak perhatian dr diorang lelebih mmg xlaa...lgpun aku dah kawin...aku diberikan phatian sepenuhnya oleh suamiku..tapi aku rindu nak lepak ngan diorg...aku happy sgt klau dapat bersama diorg...and aku harap sgt diorg tak lupekan aku...sebab aku terlalu sygkan diorg...aku kena ubah diri aku...jgn ade lg sifat "sensitif yg melampau" tuh...just think positive...

Tapi ketahuilaa familyku.....adeqberadeqku....
Sayang aku pada diorg kekal hingga denyutan nadi ini terhenti...... 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ape nak wat jika mereka memandang rendah terhadap saudara darah dagingnya sendiri?Mereka lupa di atas setiap kebaikan yang diberikan selama ini...Bagaimana mengubat perasaan kecewa dan rasa tidak reda itu?Ada dua penawarnya....

Kesabaran & rawat penyakit hati itu dengan memberi kemaafan secara ikhlas..Ia bakal memberi ketenangan jiwa..

Jangan putus berdoa supaya Allah memberi petunjuk kepada mereka yang kian alpa dengan kesenangan yang mereka peroleh sehingga melupakan segala kebaikan darah dagingnya itu...Jangan harap nilai dari mereka sebaiknya buat sesuatu kerana Allah...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di saat kamu jatuh.....ku cuba membawa kamu ke jalan pulang....Di saat kamu hiba, ku memeluk dirimu...ku xbenarkan air mata kamu jatuh...Di saat kamu sendirian, ku kan sentiasa ade utk kamu..Ku cuba melakarkan senyumanmu..Gelak ketawamu...Di saat kamu memerlukan seseorg...ku kan cuba utk bersamamu selagi ku mampu...ku penah berjanji pada diri ini, ku takkan biarkan kamu sendiri lagi...ku takkan biarkan tangisan kamu berulang lg.....

Dan kini...semuanya sudah berlalu...kamu menemui kebahagiaan yg kamu impikan selama ini...kamu telah menemui kegembiraan yang kamu cari...kamu melepaskan diri ini...ku cuba memaut kembali lenganmu...ku cuba menggapai angin lalu, namun kamu semakin jauh...semakin jauh meninggalkn diri ini...ku cuba mencari noktah yg tersimpan..ku cuba mencari jawapan utk persoalan yang tersimpul...namun kegagalan itu seringkali menjadi milikku...

Ku akur...ku pasrah dengan ketentuan Ilahi...Ingin ku menangis...namun air mata ini sudah kering buat dirimu....Sudah tiba waktunya untukku melepaskn dirimu pergi...doaku semoga kamu bahagia bsama insan yg tersayang...ku tahu ujian yg sedang melanda diri ini mengajar diriku menjadi seorg yang lebih tabah mengharungi segalanya...Ku tahu Allah sentiasa bersamaku....ku cuba mencari kekuatan kembali...ku biarkan kenangan itu tersimpan rapi dalam kotak hati ini...

Terima kasih kerana menjadikan diri ini sebagai satu sandaran semata-mata..Ku terpaksa memungkiri janji...Ku tak mampu lg meneruskan janjiku pdmu..Biarkn ku berlalu pergi....Maafkan diri ini......