Tuesday, November 18, 2014

Edisi Khas: Untuk Wanita Yang Hamil

Perasaan seronok dan bersyukur pastinya dirasai oleh pasangan pengantin yang baru mengetahui mereka bakal menimang cahaya mata. Malah bakal atuk dan nenek juga akan turut gembira dengan berita tersebut. Sesetengah orang menganggap bahawa kelahiran seorang cahaya mata merupakan pelengkap kepada sebuah keluarga.

Pada awal kandungan, ibu akan mula rasa mudah letih, pening kepala, mual, dan tegang kerana perubahan hormon dalam badan. Kemudian ibu akan mula rasa bayi bergerak, menendang dan bertindakbalas dengan rangsangan yang diberikan. Pada hujung kandungan, ibu akan mula melakukan persiapan untuk menerima orang baru di rumah.
Namun, adakah para bakal ibu dan bapa ini tahu langkah-langkah yang perlu diambil dalam keadaan tertentu dan cara-cara menjaga kandungan sejak awal? Di bawah saya kongsikan beberapa tips penjagaan bayi dalam kandungan dan pengetahuan tentang kesihatan ibu hamil.
  
Zuriat merupakan anugerah paling berharga untuk pasangan suami isteri. Pasti kehadiran mereka amat dinanti-nanti oleh pasangan. Untuk permulaan, ia mungkin tidak akan dapat dikesan walaupun dengan menggunakan alat pengesan kehamilan yang ada dipasaran. Tetapi seseorang wanita boleh menjangkakan mereka hamil sekiranya mengalami tanda-tanda seperti yang akan dinyatakan. Panduan ini juga penting kepada suami untuk lebih memahami perkara yang dilalui oleh isteri mereka.

(1) Payudara terasa sakit- Ia merupakan tanda-tanda awal jika seseorang wanita akan hamil. Ini kerana tisu payudara adalah bahagian paling sensitif terhadap perubahan hormon wanita. Apabila hormon progesteron dan hCG  meresap ke dalam tubuh badan selepas telur disenyawakan, ia akan meningkatkan jumlah darah yang membuatkan payudara anda membengkak dan berasa lebih berat daripada biasa.
 
(2) Kekejangan- Anda akan mengalami kekejangan seolah-olah anda akan datang haid. Proses ini dipanggil sebagai implantasi dimana apabila telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding rahim, tubuh anda akan meregang mengikut kepada pembesaran bayi. Ia akan menyebabkan bahagian tubuh wanita yang akan hamil mengalami kekejangan.
 
(3) Keletihan- Sekiranya wanita mengalami keletihan yang lain daripada biasa, ia juga berkemungkinan adalah tanda mereka akan hamil. Ini kerana apabila kandungan mula mencecah usia 2 minggu, ia akan mula menyerap kandungan kalori daripada ibu. Ia akan membuatkan ibu berasa mudah letih dan cepat mengah.
 
(4) Puting payudara berubah menjadi warna gelap- Hormon kehamilan akan turut mempengaruhi sel-sel dibahagian puting payudara wanita yang akan hamil. Untuk wanita yang berkulit gelap, berkemungkinan mereka tidak sedar akan perubahan ini sehingga usia kandungan mereka mencecah 10 minggu atau lebih.
 
(5) Berasa loya atau mual- Ini juga merupakan tanda biasa untuk menandakan seseorang wanita hamil. Tetapi ia mengikut terhadap individu, ada yang menerima kesannya awal, lambat dan ada juga wanita yang lansung tidak akan menerima kesannya.
 
(6) Kembung perut- Apabila seseorang wanita hamil, hormon progesteron akan lebih banyak terhasil. Hormon ini akan melambatkan sistem pencernaan seseorang menyebabkan perut akan menjadi kembung. Proses ini turut dialami sekiranya seseorang wanita akan datang haid. Tetapi sekiranya perut mereka masih kembung dan haid masih tidak datang, ia adalah tanda awal mereka mungkin hamil.
 
(7) Kerap membuang air kecil- Apabila seseorang wanita hamil, buah pinggang mereka akan berfungsi dengan lebih baik untuk melancarkan sistem perkumuhan anda.
 
(8) Mengidam- Ini juga adalah tanda biasa yang dialami oleh wanita yang akan hamil. Tanda ini lebih diketahui umum.
 
(9) Sembelit- Ia sekali lagi hasil daripada kesan hormon progesteron yang melambatkan sistem pencernaan. Ia akan menyebabkan wanita yang akan hamil mengalami sembelit.
 
(10) Perubahan emosi- Disebabkan keletihan yang dialami oleh wanita yang hamil akan menyebabkan perubahan terhadap kestabilan emosi mereka.
 
(11) Kerap pening kepala- Ia berlaku kerana proses untuk tubuh anda membiasakan dengan perubahan hormon yang berlaku. Tetapi pening kepala yang dialami oleh wanita hamil biasanya pada tahap yang sederhana sahaja.

Penjagaan Awal Kandungan:

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)
Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:
1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat
2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.
3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Tips pemakanan semasa mengandung

Nasihat Pemakanan
1) Jangan makan nenas – sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) – sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan – sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais – sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan – takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.

Banyakkan :-
1) Minum air susu, kacang soya.
2) Makan buah2an – biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.
 

Amalan Pemakanan berkhasiat
Ibu2 mengandung sedia maklum kandungan gizi pemakanan seimbang yang harus di ambil setiap hari mestilah terdiri daripada :
a) Protein
- membina, membaiki dan menggantikan tisu-tisu badan yang rosak. Terdapat dalam susu, telur, daging, kekacang, ikan dan sebagainya.
b)Karbohidrat
- memberi tenaga, terdapat dalam nasi, ubi, jagung, gula, dan sebagainya.
c)Lemak
- memanaskan badan dan menjadi lapik kepada organ lembut dalam badan seperti hati. Terdapat di dalam minyak haiwan, kuning telur, ikan dan sebagainya.
d)Vitamin
- menjauhkan kita dari penyakit dan terdapat dalam buah-buahan, sayuran.
e)Garam Galian
Di perlukan dalam jumlah yang sedikit oleh badan. Terdapat dalam sayuran hijau, kekacang dan makanan laut. *mak buyung tak suka makan sayuran hijau, jadi ganti dengan buah strawberi & brocolli yang lazat*
Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

 

Kurma membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam a.s yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa a.s


Tips Penjagaan Bayi dalam Kandungan


pemakanan ketika hamil 

1. Penjagaan Pemakanan Ibu Hamil
a) Mengambil makanan dengan nutrisi seimbang adalah amalan penting bagi ibu hamil. Ia bukan sahaja penting bagi kandungan malah bagi kesihatan ibu sendiri. Penjagaan kesihatan dan pemakanan sewaktu hamil haruslah diambil serius kerana pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat akan membahayakan kandungan.
b) Zat yang diperlukan oleh ibu hamil seperti asid folik, iron, ferum, zat besi, protein, dan banyak lagi haruslah diambil dengan seimbang. Zat-zat ini boleh didapati daripada makanan harian dan juga pil-pil yang banyak berada di pasaran. Pengambilan Vitamin C oleh ibu hamil sangat penting kerana ia berfungsi membantu penyerapan zat-zat lain kepada bayi. Makanan seperti kekacang, pisang dan buah-buahan lain juga akan melancarkan perjalanan darah dalam badan dan membantu tumbesaran bagi bayi yang dikandung.
c) Pengambilan garam dalam makanan haruslah dikurangkan bagi ibu hamil. Hal ini kerana pengambilan garam berlebihan akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan bengkak pada pergelangan kaki, tapak kaki, muka dan jari. Sebagai ganti atau pengimbangnya, ibu hamil disarankan memakan pisang yang mengandungi potasium. Ia mampu menstabilkan tekanan darah.
 
2. Penjagaan Fizikal Ibu Hamil
a) Ibu hamil tidak perlu rasa tertekan dengan perubahan bentuk badan, wajah dan fizikal. Perasaan malu dengan bentuk badan dan wajah yang kadangkala sembap akan menurunkan rasa percaya diri.
b) Untuk ibu kekal ceria, cergas dan positif, saya sarankan ibu hamil melakukan senaman ringan samada di rumah atau luar. Contohnya berjalan-jalan di sekitar taman, berenang dan aktiviti senaman di rumah yang sesuai bagi ibu hamil.

3. Penjagaan Emosi Ibu Hamil
a) Apabila perubahan hormon berlaku, maka emosi ibu juga terganggu. Namun, ibu hamil haruslah bijak mengawal emosi dan mengenal emosi sendiri kerana ia boleh mempengarui emosi bayi dalam kandungan.
b) Selain kurang bersenam, pemakanan juga mempengarui emosi ibu hamil. Contohnya pengambilan gula yang terlalu banyak akan mengundang keletihan. Seterusnya meningkatkan kadar stress seorang ibu hamil.
c) Suasana atau persekitaran yang baik akan meningkatkan pemikiran positif seorang ibu hamil. Maka, amat penting bagi seorang suami dan rakan-rakan untuk memberi sokongan dan pertolongan yang sewajarnya kepada seorang ibu yang sedang hamil.
 
4. Mengetahui Tanda Bahaya ketika Hamil
a) Walaupun kita bukan seorang ahli perubatan, sekurang-kurangnya seorang ibu hamil tahu tanda-tanda bahaya dan cara mengatasinya.
b) Mual dan muntah adalah simptom biasa bagi ibu mengandung terutama pada trimester pertama, namun jika ia berlebihan  sehingga ibu hamil terlalu letih, makanan tidak tahan lama selepas diambil, ibu hamil dehidrasi, maka ia adalah suatu yang perlu diambil berat.  Hiperemesis gravidarum atau muntah terlalu kerap adalah masalah yang perlu diatasi dengan berjumpa doktor. Kebiasaannya ibu hamil akan ditahan di ward dan dirawat di  hospital sehingga kembali stabil.
c) Kurang darah atau Anemia akan membuatkan seorang ibu hamil keletihan, pucat dan pening kepala. Amat penting penjagaan makanan jika ibu hamil dapat mengetahui awal tentang keadaan kesihatannya. Lebih membimbangkan, anemia boleh membahayakan nyawa si ibu apabila kehilangan darah terlalu banyak ketika proses kelahiran.
d) Sepanjang tempoh kehamilan, sekurang-kurangnya berat ibu hamil haruslah bertambah sebanyak 6kg. Pertambahan berat ini adalah disebabkan pertumbuhan janin. Jika berat ibu tidak bertambah, bermakna ibu kekurangan gizi dalam pemakanan atau pertumbuhan bayi terganggu.
e) Pendarahan pada usia kandungan berapa sekalipun merupakan tanda yang bahaya dan perlu diambil serius. Pada usia awal kandungan, pendarahan menjadi satu tanda keguguran. Ketika ini ibu hamil perlu mendapatkan pemeriksaan seterusnya berehat dengan baik. Jika pendarahan berlaku pada trimester kedua atau ketiga, kadangkala ia merupakan petanda bahawa plasenta berada di bahagian bawah seterusnya menghalang laluan kelahiran bayi. Dan jika pendarahan berpanjangan berlaku selepas proses kelahiran, ia bahaya bagi ibu. Dapatkanlah nasihat dan rawatan doktor bagi mengelakkan sebarang keadaan yang tidak diingini.
Jadi, sebagai kata akhir, saya menyeru agar ibu hamil terutama kehamilan pertama mengambil tahu tentang keadaan diri anda dan juga mengetahui perkara asas dalam kehamilan. Malah para suami juga haruslah berperanan dalam membangun emosi positif si ibu. Sokongan suami sekaligus menjadikan ibu hamil tetap sabar dan positif dalam jangka masa 9 bulan. Saya sarankan para ibu berkongsi maklumat ini bersama suami supaya pasangan yang bakal menimang cahaya mata ini dapat mengambil langkah yang tepat dalam apa keadaan sekalipun.

Pantang Larang Ketika Hamil

Bukan semua kecederaan atau kecacatan semasa kehamilan boleh dielakkan, tetapi si ibu boleh mencegahnya dari awal supaya mereka mendapat bayi yang sihat. Kebanyakan kecacatan semasa kelahiran berlaku di awal kehamilan atau sebelum mereka mengetahui bahawa mereka hamil. Semasa hamil anak pertama, saya pun ada juga mengikuti beberapa pantang larang yang mak saya bagitahu dan saya juga banyak membaca majalah keibubapaan. Almaklum lah saya hamil jauh di perantauan dan hanya ditemani oleh suami. Namun begitu saya kerap membuat panggilan kepada keluarga saya dan keluarga suami, bertanyakan sebarang kemusykilan berkaitan dengan kehamilan ini.

Ini ada beberapa perkara secara umumnya yang harus dilakukan oleh bakal ibu;
  • Dapatkan tidur yang secukupnya. 
  • Makan dengan sihat. Pastikan ibu mendapat vitamin secukupnya terutamanya asid folik. Jangan mengelakkan sebarang hidangan terutamanya susu bagi mendapatkan kalsium yang tinggi dan protein di dalam diet untuk ibu dan bayi.
  • Hadkan pengambilan kafein. Kafein boleh dikaitkan dengan keguguran dan kurangkan pengambilannya semasa kehamilan.
  • Mengurangkan tekanan. Tekanan boleh mengakibatkan ibu cenderung untuk makan sedikit dan tidak mendapat tidur yang secukupnya.
  • Memakai tali keledar. Berlakunya kemalangan di jalan raya merupakan penyumbang besar kepada keguguran dan kecederaan bayi dalam kandungan Justeru itu, pastikan anda memakai tali keledar sentiasa.
  • Bersenam. Jika anda bersenam sebelum anda hamil, lakukan pada kadar yang lebih sederhana. Ini akan memudahkan untuk anda semasa proses kelahiran nanti. Jika tidak pernah, berbincanglah dengan doktor tentang jenis senaman yang sesuai dan terbaik untuk anda.
  • Sentiasa berhati-hati dengan penggunaan ubat-ubatan. Periksa dengan doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
  • Dapatkan berat badan yang sihat. Umum diketahui bahawa wanita akan mendapat berat badan di antara 25-30 kilo semasa kehamilan. Jangan memaksa diri untuk berdiet atau tidak makan pada masa ini. Dan jangan lah pula menggunakan kehamilan sebagai alasan untuk ibu menambah berat badan.
  • Sentiasa berjaga-jaga dengan makanan yang boleh menyebabkan penyakit. Ambil langkah berjaga-jaga apabila mengendalikan makanan mentah seperti daging, sayur dan buah-buahan kerana pada masa kehamilan ini sistem imunisasi ibu akan berkurangan.
  • Banyakkan bertanya soalan kepada yang pakar seperti doktor.
Perkara yang TIDAK harus dilakukan semasa tempoh kehamilan;
  • Makan ikan yang banyak kandungan merkuri seperti pari, jerung, tuna dan todak. FDA mencadangkan agar ibu mendapatkan tidak lebih daripada 1 atau 2 hidangan ikan atau kerang yang  mengandungi merkuri rendah setiap minggu.
  • Merokok atau mengambil sebarang dadah.
  • Mengambil susu atau produk susu seperti keju yang tidak dipasteurkan.
  • Melakukan aktiviti yang lasak yang boleh menyebabkan ibu terjatuh.
  • Mandi air panas atau bersauna. Suhu badan yang sesuai semasa kehamilan ialah sederhana dan tidak terlalu panas. Tahap cecair dalam badan juga harus dikawal dengan minum banyak air.
  • Menukar atau membersihkan kotak kumbahan kucing.
  • Elakkan pembersih toksik dan bahan-bahan berbahaya seperti pelarut, tin aerosol dan penanggal cat kerana boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
OK itu saja buat masa ini..Apa yang diberikan hanyalah garis panduan umum untuk ibu yang nak hamil atau tengah hamil.


 

No comments:

Post a Comment