Thursday, August 22, 2019

:: Cerpen - Bukan Sekali ::



Dia membuka mata perlahan-lahan. Terlihat sekujur tubuh sedang lena di atas kerusi yang berada di sisinya. Tangannya kukuh dalam genggaman tangan kanan insan itu..Dia membalas genggaman tangannya sambil  merenung wajah yang keletihan... Dia merenung lama, terdetik di hatinya tatkala memandang wajah  itu..Hanya Allah sahaja tahu betapa dalam cintanya terhadap insan itu dan dia juga tahu insan itu amat menyayanginya …Dibiarkan sahaja wajah itu terus lena, mimpi yang indah barangkali…

-----------------------------------------------------------------------------


Im not superw0man...im not the kind of the girl that u can let down...and think that everythings ok...im only human...please let it out of my sadness, loneliness and anger.....gone....-,-



Everyb0dy can judge me..everybody can c0ndemn me,insinuati0n to me..everyb0dy can embarrassed me..everyb0dy can fall me d0wn...but,when i cry,n0b0dy sees my tears..when i'm w0rry,n0b0dy feels my pain..when i smile,n0b0dy n0tices my joy..i'm like an invisible,n0b0dy cant see me,look ar0und me..n0b0dy cared..n0b0dy hears me,i cry c0z its my only s0luti0n..to all this c0nfusi0n,i cry...with all of my
heart,i cry..n0 one can tell me that i may be str0ng..c0z i kn0w deeply in my heart...im weakling....God,please take me away fr0m all the pressure and all the pain...sh0w me s0me happiness again..i'm go blind..d0nt let me...........i miss my mum so much...please let her happiness and calmness there..ALFATIHAH~

Bukan sekali, bukan dua kali. Namun sudah berkali-kali dia kecewa dalam bercinta. Tapi dia xpenah kenal erti putus asa..dia tak pernah mengalah..dia pasti satu hari nanti cintanya akan berjaya. Dia pasti akan bahagia sampai akhir hayat. Itulaa harapannya yang tinggi menggunung. Namun, di hati kecilnya masih tertanya-tanya. Siapakah insan yang bakal menjadi teman hidupnya? Siapakah insan yang akan membahagiakannya? Dia akan tetap setia menanti....................


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dia terduduk selepas mendengar bicara Kak Aya. Perasaannya bercampur gaul. Sedih, geram, marah, pilu, kecewa. Semuanya menjadi satu. Tapi fikirannya masih rasional, imannya masih teguh. Mungkin ini satu ujian Allah untuk dia. Dan dia tidak cepat melatah dan bertindak di luar dugaan.

“Arin, Kak Aya mintak maaf. Abg Hadi dah pesan dengan Kak Aya supaya tak beritahu Arin. Tapi tak sampai hati Kak Aya tengok dua-dua dipermainkan. Abg Hadi mmg pentingkan diri sendiri. Dia sepatutnya berterus terang dengan Arin dan tak buat Arin terus mengharap dekat dia..”
Dia hanya mampu mengeluh kesal. Namun dia berasa sangat lega apabila mendapat tahu cerita sebenar dari Kak Aya. Dia rasa bersyukur kerana masih lagi ada insan yang tulus seperti Kak Aya. Dia menyeka air matanya yang mula jatuh ke pipi. “Ya Allah, tabahkan hatiku.” Dia merintih pilu dalam hati.

“Takpelaa Kak Aya, terima kasih kerana berterus terang dengan Arin. Sekurang-kurangnya Arin masih belum terlambat untuk tarik diri.”
“Arin jangan bertindak terburu-buru ye..bincang elok-elok..” Dia hanya mengangguk tatkala mendengar pesanan kak aya. Dia melangkah perlahan menuju ke pacuan empat rodanya. Kak aya hanya memerhatikannya dengan pandangan yang suram. 

Terlalu banyak ujian yang Allah turunkan pada Arin. Selepas mama pergi menyahut seruan Ilahi, Arin berubah menjadi seorang yang sangat pendiam. Kehidupannya tidak terurus. Sekolah pun kerap ponteng sehingga dia dilabelkan pelajar yang bermasalah. Dia tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Dia banyak menghabiskan masa di rumah dengan melayan permainan di komputer peribadinya sambil mendengar lagu. Segala buku pengajian, kertas peperiksaan, buku ulang kaji langsung tidak dipedulikannya. Dia mengharapkan hidupnya kembali bersinar dengan kehadiran seseorang yang mencintainya. Namun dia kecewa apabila mendapat tahu bahawa insan itu sebenarnya sudah mempunyai kekasih. Dia masih belum terlambat untuk tarik diri. Dia bukan seorang yang mementingkan diri sendiri, takkan pernah dia terfikir untuk menghancurkan sesuatu hubungan. Dia rela kecewa asalkan mereka bahagia.

Arin meneruskan permainan MadCap yang dimainkannya sejak dua jam yang lepas. Dia tidak pernah jemu bermain permainan tersebut. Hanya itulaa pengubat tatkala dia merasa bosan. Telefon bimbitnya berdering. Dia berasa malas untuk bangun, namun nada dering telefon itu amat memeritkan. Dia tekan punat silent dan terus mencampakkan telefon itu ke atas katil. “Untuk apa call lagi…” dia mendengus kuat. Sudah ada sepuluh missed call. Hatinya masih belum kuat untuk menerima satu kebenaran. Lantas dia menukar profile silent. Hilang mood untuk meneruskan permainan. Dia mahu tidur. Dia tak mahu fikirkan lagi tentang kehidupan dia yang penuh dengan kesunyian, kesedihan dan kepiluan. Kalau ikutkan hati, dia mahu tidur terus dan tidak mahu bangun lagi. Namun begitu dia sedar, tidak sepatutnya dia berfikiran seperti itu. Setiap kehidupan pasti ada pasang surutnya. Dan dia harus kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan yang fana ini.  Masih jauh perjalanan hidupnya. Dia seharusnya memikirkan masa depannya.

Setelah selesai makan malam, Arin terus menuju ke kamar tidurnya. Dia meneliti telefon bimbit yang sedang berdering, namun tidak kedengaran oleh kerana dia telah menukar profile silent petang tadi. Nama yang tertera di skrin itu sungguh menggamit perasaan. Hatinya merintih pilu. Dia menguatkan hati, untuk apa dia terus berdiam begini. Dia menekan punat hijau.

"Hello, assalamualaikum. Awak, kenapa diam macam ni?
"Waalaikumussalam. Erm, tak ada apa." Ya Allah, kuatkanlah hati ini. Rintih Arin dalam hati.
 "Cuba bagi tau kenapa, dari siang tadi saya call awak tak jawab. Jangan buat macam ni. Awak buat saya risau." Nada suara Hadi sedikit keras. Suara yang kedengaran ikhlas itu membuatkan Arin bertambah sebak. Dia cuba menahan air mata yang hampir gugur.

"Tak, saya busy sikit. Sorry." Hanya sepatah yang dijawab.

"No, kalau awak busy macamana sekali pun awak akan beritahu saya. Tapi tak, awak diam. You're not answer my call, you're not answer my SMS, kenapa? tolong beritahu saya!" Intonasi suara Hadi sudah berubah. Keras. Air mata Arin akhirnya jatuh membasahi pipi.

"Awak, kenapa awak tipu saya?" Nadanya sendu. Arin mula teresak perlahan.

"Tipu? Apa awak cakap ni?" Suara Hadi sedikit terkejut.

"Saya dah tahu semuanya, tapi saya takkan marah awak. Mungkin awak tak boleh nak kawal perasaan awak. Saya tahu awak ikhlas sayangkan saya. Tapi hubungan kita takkan kemana awak. Memang jodoh di tangan Tuhan. Tapi..."

"Sayang..." Suara Hadi bertukar lemah. Jika sebelum ini, panggilan itu mampu membuatkan Arin terasa berada di awangan, namun kini sudah tiada makna lagi. Sepi.

"Siapa yang beritahu awak? Hidayah?"

"Awak jangan marah Kak Aya, mungkin ada baiknya dia beritahu. Saya tak nak keruhkan keadaan. Hubungan kita pun baru jika nak dibandingkan hubungan awak dan Kak Mas. Saya terpaksa tarik diri. Saya takkan jadi perosak dalam sebuah hubungan. Saya tahu awak sayangkan Kak Mas dan takkan lepaskan dia. Dia masih setia walaupun dia tahu yang awak curang dengan dia. Belajarlah untuk menghargainya. Janganlah mengambil kesempatan di atas kebaikannya."

"Tapi, saya sayangkan awak Arin." Gumam Hadi, perlahan.

"Saya tahu awak sayangkan saya. Tak apalah, saya rela korbankan cinta pertama saya. Mungkin ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Hari ini, saya akan tarik diri. Mungkin Allah dah tetapkan yang awak bukan jodoh saya. Kita putus." Usai berkata-kata, Arin mengeluh perlahan. Akhirnya hubungan itu berakhir. Dia pasrah. Dia berserah pada Yang Maha Esa.

Hadi diam.

"Awak jaga diri baik-baik. Saya akan sentiasa doakan kebahagiaan awak. Jagalah hubungan awak dengan Kak Mas. Saya tahu dia yang terbaik untuk awak, hargailah dia. Terima kasih atas segalanya. Assalamualaikum." Arin segera mematikan talian tanpa menanti jawapan dari Hadi.

Dia mula teresak-esak. Berat hatinya melepaskan cinta pertama pergi. Namun untuk apa jika dia terus bertahan. Gagal kali pertama tak semestinya gagal untuk selama-lamanya. Hatinya terluka. Tapi hati dan perasaan siapa yang tahu. Mungkin benar Hadi ikhlas dengan dia. Mungkin benar Hadi mencintainya. Mungkin rasa sayang itu membuatkan Hadi terpaksa berlaku curang. Mungkin rasa sayang itu datang tanpa diundang. 

Dia memandang sepi telefon bimbit nokia miliknya. Lantas dia capai, laju sahaja jarinya menekan punat option, delete contact.

Dia ingin melupakan lelaki itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hancur hatiku mengenang dikau
Menjadi keping-keping setelah kau pergi
Tinggalkan kasih sayang
Yang pernah singgah antara kita
Masihkah ada sayang itu

Memang salahku, yang tak pernah bisa
Meninggalkan dirinya 'tuk bersama kamu
Walau 'tuk terus bersama
Kan ada hati yang 'kan terluka
Dan ku tahu kau tak mau

Sekali lagi maafkanlah
Karena ku cinta kau dan dia
Maafkanlah ku tak bisa
Tinggalkan dirinya

Mungkin tak mungkin 'tuk terus bersama
Jalani semua cinta yang tlah dijalani
Tapi bila itu yang
Kau pikir yang terbaik untukmu
Bahagiaku untuk dirimu

Simpan sisa sisa cerita cinta berdua
Walau tak tersisa cerita cinta berdua

Still love her in my mind
Still love her forever

Lagu kumpulan Dewa itu menusuk tajam di sanubarinya. Sungguh lagu itu mengingatkan kisah cinta pertamanya yang sudah berlalu hampir tiga tahun. Seolah-olah Hadi menyanyikan lagu itu untuknya. Tidak dinafikan, dia masih teringatkan insan itu. Selepas beberapa bulan hubungannya berakhir, Hadi masih mengganggu hidupnya, mengatakan sayang dan rindu. Namun langsung tak dihiraukannya. Dia sedar, tak sepatutnya dia mengenangkan lagi kisah silam yang sudah lama berlalu. Kini, Hadi sudah bahagia bersama Kak Mas dan memiliki cahaya mata seorang lelaki. Sangat comel. Persis wajah Kak Mas. Berkulit cerah, memiliki sepasang mata yang bulat, bersinar galak. Cantik.

Selama tiga tahun, sudah beberapa kali Arin cuba menggapai cinta sejati. Namun seringkali dia gagal. Dia sudah berusaha, namun kesepian tetap menyelubungi hari-harinya. Kadang kala dia merasa cemburu tatkala melihat kebahagian insan lain. Tuhan masih  mahu mengujinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Jom!"

"Pergi mana?"

"Kita pergi pasar minggu." Tifa menarik lengan Arin. Arin buat tak endah. Tifa, tiga tahun lebih muda  dari Arin, namun mereka rapat sejak kecil. Adik yang sangat memahaminya. Setiap masalah pasti dia akan bercerita dengan Tifa. Sekali lagi Tifa menarik lengan Arin.

"Yelaa, ok. Nak bersiaplah ni!"

Bau ayam goreng menusuk di hidung...
"Hmm sedapnya bau. Nak boleh? Arin memandang Tifa sambil mengenyit mata. Tifa tersengih.
"Belilah, tapi guna duit sendiri." Tifa tersengih lagi menunjukkan barisan giginya yang teratur.
"Orang tahulah. Siapa nak guna duit dia!" Arin menggumam sambil membuka dompet, wang kertas berwarna hijau di keluarkan.

"Eh tengok sana!" Tifa menunjuk jarinya ke satu arah.
"Kenapa?Arin masih tercari-cari arah yang ditunjukkan Tifa.
"Tengoklah siapa tu. Hahaha!" Tifa ketawa berdekah-dekah. Arin memandang dengan penuh minat. Dia ternampak wajah yang menarik perhatiannya. Abang pada Epul!
Semenjak dia terlihat kelibat Farid yang merupakan abang pada Epul, dia lagi sekali jatuh cinta. Hati dia mula terbuka untuk insan itu. Namun jauh di sudut hatinya masih tertanya-tanya, mahu terimakah Farid atas dirinya? Farid yang dilihat seorang yang pemalu, pendiam dan suka tersenyum. Berbeza dengan adiknya, Epul yang suka mengusik, banyak cakap dan agak kebudakan. Mungkin kerana itu juga Arin dan Tifa senang berkawan dengan Epul.

Kerana Tifa, akhirnya Farid mula mencuri perhatian pada Arin. Tifa mulutnya seperti murai. Tanpa rasa malu dan bersalah dia sampaikan salam Arin pada Farid yang hanya menjadi gurauan antara mereka. Dan kerana Tifa juga Farid telah memperoleh nombor telefon bimbit Arin. Namun Arin hanya senyum, dia langsung tidak marah pada Tifa. Dia tahu, Tifa hanya ingin melihat dia bahagia. Mungkinkah Farid jodohnya? Hatinya berbicara.

Nada dering SMS menyedarkan dirinya dalam khayalan. Arin menekan punat hijau. Dia melihat nombor yang tertera di skrin. Nombor yang tidak dikenali.

"Assalamualaikum, saya Farid. Awak sibuk ke?"

"Waalaikumussalam, tak laa. Tengah rileks"

"Erm awak, saya nak tanya satu perkara."

"Tanya jelaa" Hatinya mula berdebar. Tanya apakah?

Nada SMS sekali lagi berbunyi. Arin mula tidak keruan. Hatinya berdebar-debar.

"Sudi ke kalau awak jadi bunga saya?"

"Haa??betul ke ni?? atau mimpi?"
Arin melompat gembira. Tak sangka insan yang telah berjaya mencuri hatinya telah melamarnya. Dia menerima dengan hati yang berbunga-bunga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungan mereka direstui keluarga. Namun siapa sangka, hubungan itu terputus di tengah jalan. Dan kali ini, Arin yang menarik diri. Dia tersilap langkah. Dia telah berlaku curang dengan insan lain. Dia rasa bersalah dengan Farid yang setia padanya. Namun sifat Farid yang terlalu mendesak dan mengongkong membuatkan dia merasa bosan dan kosong. Kehadiran Syafiq telah mengisi kekosongannya. Syafiq, insan yang kesepian, yang telah kehilangan ibu bapa, insan yang tidak punya apa membuatkan Arin teringin untuk berkongsi kehidupannya bersama insan itu. Akhirnya hubungan Arin dan Syafiq diketahui apabila Farid ingin menemuinya di Taman Botana berhampiran di kediaman Arin. Dia terkejut dengan kehadiran Farid yang tak disangka itu. Waktu itu, dia sedang berbual mesra bersama Syafiq yang sudah lama hadir ke kawasan itu untuk bertemu dengannya. Wajah Farid berubah, intonasi juga berubah. Tidak mesra. Syafiq hanya diam.

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya
Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu
Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku....
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya...
(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)

Arin sudah pun membuat kata putus, namun Farid tetap dengan pendiriannya yang ingin meneruskan hubungan mereka. Arin tak mampu berkata apa-apa. Dia mengambil langkah dengan hanya berdiam diri. Dia tidak sangka yang Farid akan menjejakinya. Tiada kegembiraan dari riak wajah Arin. Apatah lagi Farid yang mendapat tahu bahawa kekasihnya itu menduakannya. Dari riak wajah mereka yang mesra, Farid tahu mereka bukanlah hanya kawan biasa.

Arin mula tidak keruan. Rasa bersalah menyelinap dalam diri. Hubungan dia dan Farid memang sudah lama pudar. Namun belum sekali kata muktamad di lafazkan. Hari itu adalah hari terakhir hubungan mereka dan hari itu juga hari terakhir dia bertemu dengan Farid. Dia ingin meminta maaf kerana melukakan hati seorang insan yang tulus menyayanginya. Namun dia langsung tidak berpeluang untuk melakukannya. Saat ini hatinya mula terpaut pada insan yang bernama Syafiq. Syafiq baginya seorang yang memahami dirinya. Seorang yang boleh menerima dia seadanya. Tapi dia tidak menyangka hubungannya mendapat tentangan dari keluarga. Dia cuba berdegil. Tapi kudratnya tak mampu. Dia tak mampu berjauhan dari keluarganya. Baginya, keluarga adalah nombor satu. Begitu payah untuk dia melupakan insan itu.

Syafiq menuduhnya bukan-bukan. Mengatakan bahawa dia telah mempermainkan perasaan insan itu. Hati kecilnya terluka tatkala mendengar tuduhan hebat yang dilemparkan Syafiq. Sungguh, dia tak pernah terlintas untuk mempermainkan perasaan Syafiq. Malah, terlalu banyak pengorbanan yang dia lakukan untuk gembirakan insan itu. Dia sudah meminta kata putus secara baik. Dia telah melakukan solat hajat dan Allah telah menguatkan hatinya. Setiap malam tidurnya bertemankan air mata. Tergamak Syafiq menuduhnya demikian. Dia tahu, Syafiq bukan yang terbaik untuknya. Dia sudah nampak sikap Syafiq yang sebenar setelah hubungan yang terjalin antara mereka hampir dua tahun. Waktu ini dia hanya berserah pada Allah. Dia hanya mampu berdoa siang dan malam..




Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi
Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai
 -------------------------------------------------------------------------



Kenangan demi kenangan telah menerjah di sanubarinya membuatkan dia terus terjaga dari tidur. Wajah-wajah yang pernah singgah di hatinya lenyap begitu saja. Bertukar wajah yang keletihan di hadapannya.

"B......"
"Ye sayang...baby kita misi bawak gi mandi sat.." Ujarnya sambil tersenyum..
"Hehe taulaa..b ok tak ni?" Arin merenung wajah tenang di hadapannya..
"Eh, oklaa. Yang penting Arin dan sufiyyah sihat. B dah ok sangat dah..hehe.."

Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini. Hadirnya memberikan sejuta kebahagiaan buat diri ini....


..............................................................................................



"Sayang, b mintak maaf. B tak dapat nak gembirakan sayang, tak dapat nak memberikan kemewahan pada sayang..b tak dapat nak bagi sayang hadiah yang mahal-mahal...tak dapat nak bawak sayang ke tempat2x yang best... "

"Ya Allah...b, tak naklaa cakap macam tuh...Arin tak kisah tu semua. Yang penting, Arin bahagia dengan b. Arin happy sangat dengan b..biarlaa, ade rezeki kita, adalaa...tu semua tak penting pun. Arin sayang b sangat2x..Arin nak b bahagia bersama Arin."


Dia teringat kata-kata itu setelah mereka sah bergelar suami isteri.

Anas, nama itulah yang kini bertakhta di hatinya. Perkenalan yang singkat melalui laman sosial Facebook tak sangka telah menyatukan mereka. Sifatnya yang penyabar, tenang dan lurus membuatkan Arin lagi sekali jatuh cinta. Namun kali ini Arin tak tergopoh gapah. Dia belajar dari pengalaman yang lepas supaya jangan mudah jatuh cinta dan percayakan seseorang. Berkat kesabaran dan doa akhirnya Arin telah bertemu dengan "Adam"nya. Dengan restu keluarga dua belah pihak akhirnya Arin disatukan dengan ikatan yang suci.



Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti, mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Kepahitan akibat mengetahui kebenaran jauh lebih baik daripada kebahagiaan akibat suatu pembohongan.
 

Cinta itu jelas indah, walaupun di sisi lain juga menyakitkan. Kerana itu kita harus belajar menikmati sisi keindahannya.




Cinta sejati harus di kedua-dua belah pihak. Itulah yang membuatnya begitu sukar untuk diperolehi.


Kita mungkin menangis kerana mencintai orang yang salah, namun satu hal yang pasti, kesalahan dan kesilapan itu menjadi pengalaman berguna untuk membantu kita mencari orang yang tepat.

"Awak asal mana?"

"Saya asal johor, awak pulak?"

"Saya dari Kedah."


 "Ya Allah, jika benar dia jodoh ku... kau satukanlah kami dgn ikatan yg halal di sisiMU Ya Allah... jika benar dia milikku, kau dekatkanlah hati kami dengan kasih sayang yang mendalam... jika benar dia yang terbaik buatku... kau peliharalah perasaan cinta antara kami agar kami saling mengasihi, agar kami saling menghormati... Tapi seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama dan dia bukanlah yang terbaik untukku Ya Allah... kau tunjukkanlah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya... Kau jauhkanlah hati kami dr sebarang perasaan... kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu Ya Allah..."

--------------------------------------------------