Wednesday, November 19, 2014

:: Sifat Sensitif ::

Naluri atau perasaan diciptakan oleh Allah berbeza antara setiap insan. Allah swt yang maha kuasa dan agung menjadikan akal dan perasaan berbeza-beza antara lelaki dan wanita dan antara seseorang wanita dengan wanita yang lain..


Wanita selalu dikaitkan dengan sifat sensitif dan kaum yang mudah mengeluarkan airmata...benarkah?Apakah lelaki memang tiada sifat sensitif dan tidak pernah mengeluarkan airmata?
Setiap manusia di bumi ini semuanya memiliki sifat sensitif, ada perasaan sedih, dukacita, kecewa dan bimbang. Tidak mengira jantina, usia dan tempat sifat ini memang wujud cuma dari segi jumlah atau kuantiti sifat sensitif itu sukar untuk ditentukan. Ini kerana sifat sensitif ini terlalu subjektif.

Wanita diciptakan untuk menjadi teman kepada lelaki,wanita bergelar isteri adalah sumber kekuatan bagi lelaki melaksanakan urusan dakwah dan mencari nafkah dalam kehidupan. Lelaki sebagai pemimpin, pelindung dan penjaga atau wali kepada wanita yang bergelar ibu, isteri dan anak perempuan. Itulah antara sebab wanita lebih sifat sensitifnya jika dibandingkan dengan lelaki. Lelaki secara semulajadi mempunyai kekuatan dan akal yang lebih jauh dan tajam untuk membuat keputusan dalam institusi pentadbiran, kekeluargaan dan sebagainya. Sensitif lelaki hanya bertempat dan mereka bertindak dengan lebih bijak menggunakan akal tanpa mengikut perasaan

Wanita Dan airmata.....
Memang sinonim sejak zaman dahulu wanita selalu dikaitkan dengan perasaan sedih, sensitif dan senang mengeluarkan airmata bila melihat sesuatu yang menyentuh perasaan halusnya seperti melihat bayi terbuang, pengemis, kemalangan, kesakitan dan sebagainya. Sebenarnya perasaan sensitif ini sesuai pada wanita kerana memang fitrah wanita dicipta untuk menyayangi dan mempunyai sifat lemah lembut bagi membesarkan anak dan memberi kasih sayang kepada anak serta suaminya.

Namun demikian lelaki juga ada sifat sensitif atau sedih bila sesuatu peristiwa pahit berlaku dalam hidupnya contohnya kehilangan insan tersayang seperti isteri, anak atau orang tuanya.
Rasulullah pun pernah berdukacita dengan pemergian isteri kesayangan baginda iaitu Khadijah, bapa saudaranya Abu Talib dan datuknya iaitu Abdul Mutalib.Umar dan Abu Bakar pernah bersedih dan berdukacita di atas pemergian insan agung dan sahabat karibnya. Kisah menyayat hati ini terpahat dalam sejarah bagaimana perasaan para sahabat  semasa menerima berita kewafatan rasululah saw.

Sebenarnya sifat sensitif ini wujud  disebabkan beberapa faktor:
i-latarbelakang dimana seseorang itu dibesarkan
contohnya anak yang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang miskin dan susah serta hidup dalam persekitaran luarbandar  lebih mudah sensitif kerana mengalami kesukaran sejak kecil dan diajar berdikari oleh ibubapanya, berbeza dengan anak yang diasuh dalam suasana kemewahan dan sentiasa mendapatkan apa yang dihajati

ii-anak yang menjadi mangsa perceraian, anak yang ditinggalkan ibu atau bapa dan anak yatim

ii-Wanita yang mengalami trauma dalam hidup seperti menjadi mangsa kerakusan lelaki, mangsa rogol, mangsa dera.

iii-gadis yang dikecewakan oleh teman lelaki dan mengalami putus cinta, gadis yang putus pertunangan dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan

iv-isteri yang digantung tidak bertali, ditinggalkan suami dan bercerai dengan suami serta terpaksa menjaga anak-anak bersendirian

v.isteri yang dimadukan oleh suami.

vi-golongan kurang upaya yang cacat semenjak dilahirkan dan yang baru mengalami kecacatan disebabkan kemalangan yang menimpa dan sbgnya

Sifat sensitif ini ada kebaikan dan keburukannya

Kebaikan sifat sensitif
i-individu yang memiliki sifat ini mudah memahami dan menghargai perasaan orang lain

ii-senang membantu orang yang mengalami kesusahan dan yang memerlukan pertolongan

iii-sentiasa mengambil pengajaran dan iktibar di atas peristiwa yang menimpa diri

iv-banyak membuat perubahan ke arah kebaikan demi diri dan keluarga

v-berjaya mencapai cita-cita dan memperbaiki kehidupan ke arah yang lebih sempurna

vi-tahu menilai dan menghargai serta mensyukuri nikmat pemberian Allah

Keburukan sifat sensitif:
i-suka termenung dan menyalahkan diri sendiri

ii-mudah berprasangka buruk terhadap orang lain

iii-mendendami dan menyimpan rasa tidak puas hati berpanjangan

iv-menjauhkan diri dan tidak suka bergaul dengan masyarakat

v-menganggap semua orang tidak boleh dipercayai dan ada niat tidak baik terhadapnya

vii-boleh membawa keruntuhan dalam kerjaya

viii- wujud suasana tidak  harmoni dalam keluarga dan masalah mental

cara-cara mengatasi sensitif:
i- setiap orang yang mengakui beriman kepada Allah dan rasulnya perlu yakin dan beriman bahawa segala yang berlaku dalam hidup merupakan ujian, perlu beriman dengan seyakin-yakinnya terhadap qada' dan qadar, ketentuan dan ketetapan Allah sejak azali iaitu rukun iman yang keenam.

ii-tidak berputus asa dengan ujian yang menimpa, sebaliknya redha dan sabar apabila ditimpa ujian dan yakin bahawa ada hikmah disebalik dugaan tersebut

iii-mengarahkan sepenuh tumpuan kepada cinta hakiki iaitu cinta terhadap Yang Maha Esa, yang maha mengetahui semua bisikan hati naluri manusia.

iv-didik diri dan hati supaya berserah dan tawakkal kepadaNya dalam setiap ketika dan keadaan apa sekalipun

Sensitif  ke arah sesuatu yang membawa kebaikan, cepat sedih dan bimbang jika hati terasa semakin jauh dengan Allah, sukar untuk melakukan amalan secara istiqamah dan mengikut perintahNya, sensitif dan menangisi atas dosa-dosa yang telah dibuat adalah kebih baik daripada sensitif kepada sesuatu perkara yang remehtemeh dan tidak perlu difikirkan.

Insan yang berjiwa sensitif sebenarnya satu anugerah ilahi yang tidak boleh dibeli, bersyukurlah dengan anugerah perasaan ini dan kendalikan perasaan sensitif supaya terarah kepada melakukan amalan kebajikan terhadap ummah sejagat, suka membantu fakir miskin, mengasihi anak-anak yatim dan golongan kurang upaya, memberi sedekah dan sebagainya.
 
 
Aku jugak mempunyai sifat neyh and maybe agak melampau skit...sometime leh control and sometime takleh...tak best bile sifat yang senang sangat nak terasa, senang sangat nak tersinggung...belajar untuk kuatkan hati...biarkan pe org nak cakap...mungkin itu satu teguran..teguran orang lain2x...jadinyer belajar untuk berfikiran positif and lebih terbuka ke arah kebaikan...:')

No comments:

Post a Comment