Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan
suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat
49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Kepunyaan Allahlah
kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia
memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan
anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan
kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan
Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya
Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak.
Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak
yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih
yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.
Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek
kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa.
Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik
buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah
SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang
salihah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu
dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya,
kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama,
maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.
Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar
terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar
kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya
seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka
hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana
wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya
Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada
apa yang Engkau rezekikan kepada kami.
Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak,
maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.
Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan
ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun
sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan
sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh
kepada bayinya nanti.
Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya
sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang
tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah
yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya
anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah
SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta,
bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada,
maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang
menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada
anak tersebut.
Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk
diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili
dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi
nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain
atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama
yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah,
nama Nabi dan orang yang salih.
Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang
menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka
menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh
merosakkan mental dan agamanya.
Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga
kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu
untuknya.
Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam
Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam
:: Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ::
-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan
sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan
selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya
Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan
tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah
akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca
Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji
bagi Allah Tuhan semesta alam"
Surah-surah yang bagus diamalkan ketika sedang mengandung :
1) Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
2) Surah Luqman - untuk anak yang cerdik
3) Surah Yaasin - untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
4) Surah Maryam - untuk memudahkan bersalin
5) Surah al-Hujurat - untuk membanyakkan susu ibu
1) Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
2) Surah Luqman - untuk anak yang cerdik
3) Surah Yaasin - untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
4) Surah Maryam - untuk memudahkan bersalin
5) Surah al-Hujurat - untuk membanyakkan susu ibu
No comments:
Post a Comment