Thursday, August 22, 2019

:: Cerpen - Bukan Sekali ::



Dia membuka mata perlahan-lahan. Terlihat sekujur tubuh sedang lena di atas kerusi yang berada di sisinya. Tangannya kukuh dalam genggaman tangan kanan insan itu..Dia membalas genggaman tangannya sambil  merenung wajah yang keletihan... Dia merenung lama, terdetik di hatinya tatkala memandang wajah  itu..Hanya Allah sahaja tahu betapa dalam cintanya terhadap insan itu dan dia juga tahu insan itu amat menyayanginya …Dibiarkan sahaja wajah itu terus lena, mimpi yang indah barangkali…

-----------------------------------------------------------------------------


Im not superw0man...im not the kind of the girl that u can let down...and think that everythings ok...im only human...please let it out of my sadness, loneliness and anger.....gone....-,-



Everyb0dy can judge me..everybody can c0ndemn me,insinuati0n to me..everyb0dy can embarrassed me..everyb0dy can fall me d0wn...but,when i cry,n0b0dy sees my tears..when i'm w0rry,n0b0dy feels my pain..when i smile,n0b0dy n0tices my joy..i'm like an invisible,n0b0dy cant see me,look ar0und me..n0b0dy cared..n0b0dy hears me,i cry c0z its my only s0luti0n..to all this c0nfusi0n,i cry...with all of my
heart,i cry..n0 one can tell me that i may be str0ng..c0z i kn0w deeply in my heart...im weakling....God,please take me away fr0m all the pressure and all the pain...sh0w me s0me happiness again..i'm go blind..d0nt let me...........i miss my mum so much...please let her happiness and calmness there..ALFATIHAH~

Bukan sekali, bukan dua kali. Namun sudah berkali-kali dia kecewa dalam bercinta. Tapi dia xpenah kenal erti putus asa..dia tak pernah mengalah..dia pasti satu hari nanti cintanya akan berjaya. Dia pasti akan bahagia sampai akhir hayat. Itulaa harapannya yang tinggi menggunung. Namun, di hati kecilnya masih tertanya-tanya. Siapakah insan yang bakal menjadi teman hidupnya? Siapakah insan yang akan membahagiakannya? Dia akan tetap setia menanti....................


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dia terduduk selepas mendengar bicara Kak Aya. Perasaannya bercampur gaul. Sedih, geram, marah, pilu, kecewa. Semuanya menjadi satu. Tapi fikirannya masih rasional, imannya masih teguh. Mungkin ini satu ujian Allah untuk dia. Dan dia tidak cepat melatah dan bertindak di luar dugaan.

“Arin, Kak Aya mintak maaf. Abg Hadi dah pesan dengan Kak Aya supaya tak beritahu Arin. Tapi tak sampai hati Kak Aya tengok dua-dua dipermainkan. Abg Hadi mmg pentingkan diri sendiri. Dia sepatutnya berterus terang dengan Arin dan tak buat Arin terus mengharap dekat dia..”
Dia hanya mampu mengeluh kesal. Namun dia berasa sangat lega apabila mendapat tahu cerita sebenar dari Kak Aya. Dia rasa bersyukur kerana masih lagi ada insan yang tulus seperti Kak Aya. Dia menyeka air matanya yang mula jatuh ke pipi. “Ya Allah, tabahkan hatiku.” Dia merintih pilu dalam hati.

“Takpelaa Kak Aya, terima kasih kerana berterus terang dengan Arin. Sekurang-kurangnya Arin masih belum terlambat untuk tarik diri.”
“Arin jangan bertindak terburu-buru ye..bincang elok-elok..” Dia hanya mengangguk tatkala mendengar pesanan kak aya. Dia melangkah perlahan menuju ke pacuan empat rodanya. Kak aya hanya memerhatikannya dengan pandangan yang suram. 

Terlalu banyak ujian yang Allah turunkan pada Arin. Selepas mama pergi menyahut seruan Ilahi, Arin berubah menjadi seorang yang sangat pendiam. Kehidupannya tidak terurus. Sekolah pun kerap ponteng sehingga dia dilabelkan pelajar yang bermasalah. Dia tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Dia banyak menghabiskan masa di rumah dengan melayan permainan di komputer peribadinya sambil mendengar lagu. Segala buku pengajian, kertas peperiksaan, buku ulang kaji langsung tidak dipedulikannya. Dia mengharapkan hidupnya kembali bersinar dengan kehadiran seseorang yang mencintainya. Namun dia kecewa apabila mendapat tahu bahawa insan itu sebenarnya sudah mempunyai kekasih. Dia masih belum terlambat untuk tarik diri. Dia bukan seorang yang mementingkan diri sendiri, takkan pernah dia terfikir untuk menghancurkan sesuatu hubungan. Dia rela kecewa asalkan mereka bahagia.

Arin meneruskan permainan MadCap yang dimainkannya sejak dua jam yang lepas. Dia tidak pernah jemu bermain permainan tersebut. Hanya itulaa pengubat tatkala dia merasa bosan. Telefon bimbitnya berdering. Dia berasa malas untuk bangun, namun nada dering telefon itu amat memeritkan. Dia tekan punat silent dan terus mencampakkan telefon itu ke atas katil. “Untuk apa call lagi…” dia mendengus kuat. Sudah ada sepuluh missed call. Hatinya masih belum kuat untuk menerima satu kebenaran. Lantas dia menukar profile silent. Hilang mood untuk meneruskan permainan. Dia mahu tidur. Dia tak mahu fikirkan lagi tentang kehidupan dia yang penuh dengan kesunyian, kesedihan dan kepiluan. Kalau ikutkan hati, dia mahu tidur terus dan tidak mahu bangun lagi. Namun begitu dia sedar, tidak sepatutnya dia berfikiran seperti itu. Setiap kehidupan pasti ada pasang surutnya. Dan dia harus kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan yang fana ini.  Masih jauh perjalanan hidupnya. Dia seharusnya memikirkan masa depannya.

Setelah selesai makan malam, Arin terus menuju ke kamar tidurnya. Dia meneliti telefon bimbit yang sedang berdering, namun tidak kedengaran oleh kerana dia telah menukar profile silent petang tadi. Nama yang tertera di skrin itu sungguh menggamit perasaan. Hatinya merintih pilu. Dia menguatkan hati, untuk apa dia terus berdiam begini. Dia menekan punat hijau.

"Hello, assalamualaikum. Awak, kenapa diam macam ni?
"Waalaikumussalam. Erm, tak ada apa." Ya Allah, kuatkanlah hati ini. Rintih Arin dalam hati.
 "Cuba bagi tau kenapa, dari siang tadi saya call awak tak jawab. Jangan buat macam ni. Awak buat saya risau." Nada suara Hadi sedikit keras. Suara yang kedengaran ikhlas itu membuatkan Arin bertambah sebak. Dia cuba menahan air mata yang hampir gugur.

"Tak, saya busy sikit. Sorry." Hanya sepatah yang dijawab.

"No, kalau awak busy macamana sekali pun awak akan beritahu saya. Tapi tak, awak diam. You're not answer my call, you're not answer my SMS, kenapa? tolong beritahu saya!" Intonasi suara Hadi sudah berubah. Keras. Air mata Arin akhirnya jatuh membasahi pipi.

"Awak, kenapa awak tipu saya?" Nadanya sendu. Arin mula teresak perlahan.

"Tipu? Apa awak cakap ni?" Suara Hadi sedikit terkejut.

"Saya dah tahu semuanya, tapi saya takkan marah awak. Mungkin awak tak boleh nak kawal perasaan awak. Saya tahu awak ikhlas sayangkan saya. Tapi hubungan kita takkan kemana awak. Memang jodoh di tangan Tuhan. Tapi..."

"Sayang..." Suara Hadi bertukar lemah. Jika sebelum ini, panggilan itu mampu membuatkan Arin terasa berada di awangan, namun kini sudah tiada makna lagi. Sepi.

"Siapa yang beritahu awak? Hidayah?"

"Awak jangan marah Kak Aya, mungkin ada baiknya dia beritahu. Saya tak nak keruhkan keadaan. Hubungan kita pun baru jika nak dibandingkan hubungan awak dan Kak Mas. Saya terpaksa tarik diri. Saya takkan jadi perosak dalam sebuah hubungan. Saya tahu awak sayangkan Kak Mas dan takkan lepaskan dia. Dia masih setia walaupun dia tahu yang awak curang dengan dia. Belajarlah untuk menghargainya. Janganlah mengambil kesempatan di atas kebaikannya."

"Tapi, saya sayangkan awak Arin." Gumam Hadi, perlahan.

"Saya tahu awak sayangkan saya. Tak apalah, saya rela korbankan cinta pertama saya. Mungkin ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Hari ini, saya akan tarik diri. Mungkin Allah dah tetapkan yang awak bukan jodoh saya. Kita putus." Usai berkata-kata, Arin mengeluh perlahan. Akhirnya hubungan itu berakhir. Dia pasrah. Dia berserah pada Yang Maha Esa.

Hadi diam.

"Awak jaga diri baik-baik. Saya akan sentiasa doakan kebahagiaan awak. Jagalah hubungan awak dengan Kak Mas. Saya tahu dia yang terbaik untuk awak, hargailah dia. Terima kasih atas segalanya. Assalamualaikum." Arin segera mematikan talian tanpa menanti jawapan dari Hadi.

Dia mula teresak-esak. Berat hatinya melepaskan cinta pertama pergi. Namun untuk apa jika dia terus bertahan. Gagal kali pertama tak semestinya gagal untuk selama-lamanya. Hatinya terluka. Tapi hati dan perasaan siapa yang tahu. Mungkin benar Hadi ikhlas dengan dia. Mungkin benar Hadi mencintainya. Mungkin rasa sayang itu membuatkan Hadi terpaksa berlaku curang. Mungkin rasa sayang itu datang tanpa diundang. 

Dia memandang sepi telefon bimbit nokia miliknya. Lantas dia capai, laju sahaja jarinya menekan punat option, delete contact.

Dia ingin melupakan lelaki itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hancur hatiku mengenang dikau
Menjadi keping-keping setelah kau pergi
Tinggalkan kasih sayang
Yang pernah singgah antara kita
Masihkah ada sayang itu

Memang salahku, yang tak pernah bisa
Meninggalkan dirinya 'tuk bersama kamu
Walau 'tuk terus bersama
Kan ada hati yang 'kan terluka
Dan ku tahu kau tak mau

Sekali lagi maafkanlah
Karena ku cinta kau dan dia
Maafkanlah ku tak bisa
Tinggalkan dirinya

Mungkin tak mungkin 'tuk terus bersama
Jalani semua cinta yang tlah dijalani
Tapi bila itu yang
Kau pikir yang terbaik untukmu
Bahagiaku untuk dirimu

Simpan sisa sisa cerita cinta berdua
Walau tak tersisa cerita cinta berdua

Still love her in my mind
Still love her forever

Lagu kumpulan Dewa itu menusuk tajam di sanubarinya. Sungguh lagu itu mengingatkan kisah cinta pertamanya yang sudah berlalu hampir tiga tahun. Seolah-olah Hadi menyanyikan lagu itu untuknya. Tidak dinafikan, dia masih teringatkan insan itu. Selepas beberapa bulan hubungannya berakhir, Hadi masih mengganggu hidupnya, mengatakan sayang dan rindu. Namun langsung tak dihiraukannya. Dia sedar, tak sepatutnya dia mengenangkan lagi kisah silam yang sudah lama berlalu. Kini, Hadi sudah bahagia bersama Kak Mas dan memiliki cahaya mata seorang lelaki. Sangat comel. Persis wajah Kak Mas. Berkulit cerah, memiliki sepasang mata yang bulat, bersinar galak. Cantik.

Selama tiga tahun, sudah beberapa kali Arin cuba menggapai cinta sejati. Namun seringkali dia gagal. Dia sudah berusaha, namun kesepian tetap menyelubungi hari-harinya. Kadang kala dia merasa cemburu tatkala melihat kebahagian insan lain. Tuhan masih  mahu mengujinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Jom!"

"Pergi mana?"

"Kita pergi pasar minggu." Tifa menarik lengan Arin. Arin buat tak endah. Tifa, tiga tahun lebih muda  dari Arin, namun mereka rapat sejak kecil. Adik yang sangat memahaminya. Setiap masalah pasti dia akan bercerita dengan Tifa. Sekali lagi Tifa menarik lengan Arin.

"Yelaa, ok. Nak bersiaplah ni!"

Bau ayam goreng menusuk di hidung...
"Hmm sedapnya bau. Nak boleh? Arin memandang Tifa sambil mengenyit mata. Tifa tersengih.
"Belilah, tapi guna duit sendiri." Tifa tersengih lagi menunjukkan barisan giginya yang teratur.
"Orang tahulah. Siapa nak guna duit dia!" Arin menggumam sambil membuka dompet, wang kertas berwarna hijau di keluarkan.

"Eh tengok sana!" Tifa menunjuk jarinya ke satu arah.
"Kenapa?Arin masih tercari-cari arah yang ditunjukkan Tifa.
"Tengoklah siapa tu. Hahaha!" Tifa ketawa berdekah-dekah. Arin memandang dengan penuh minat. Dia ternampak wajah yang menarik perhatiannya. Abang pada Epul!
Semenjak dia terlihat kelibat Farid yang merupakan abang pada Epul, dia lagi sekali jatuh cinta. Hati dia mula terbuka untuk insan itu. Namun jauh di sudut hatinya masih tertanya-tanya, mahu terimakah Farid atas dirinya? Farid yang dilihat seorang yang pemalu, pendiam dan suka tersenyum. Berbeza dengan adiknya, Epul yang suka mengusik, banyak cakap dan agak kebudakan. Mungkin kerana itu juga Arin dan Tifa senang berkawan dengan Epul.

Kerana Tifa, akhirnya Farid mula mencuri perhatian pada Arin. Tifa mulutnya seperti murai. Tanpa rasa malu dan bersalah dia sampaikan salam Arin pada Farid yang hanya menjadi gurauan antara mereka. Dan kerana Tifa juga Farid telah memperoleh nombor telefon bimbit Arin. Namun Arin hanya senyum, dia langsung tidak marah pada Tifa. Dia tahu, Tifa hanya ingin melihat dia bahagia. Mungkinkah Farid jodohnya? Hatinya berbicara.

Nada dering SMS menyedarkan dirinya dalam khayalan. Arin menekan punat hijau. Dia melihat nombor yang tertera di skrin. Nombor yang tidak dikenali.

"Assalamualaikum, saya Farid. Awak sibuk ke?"

"Waalaikumussalam, tak laa. Tengah rileks"

"Erm awak, saya nak tanya satu perkara."

"Tanya jelaa" Hatinya mula berdebar. Tanya apakah?

Nada SMS sekali lagi berbunyi. Arin mula tidak keruan. Hatinya berdebar-debar.

"Sudi ke kalau awak jadi bunga saya?"

"Haa??betul ke ni?? atau mimpi?"
Arin melompat gembira. Tak sangka insan yang telah berjaya mencuri hatinya telah melamarnya. Dia menerima dengan hati yang berbunga-bunga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungan mereka direstui keluarga. Namun siapa sangka, hubungan itu terputus di tengah jalan. Dan kali ini, Arin yang menarik diri. Dia tersilap langkah. Dia telah berlaku curang dengan insan lain. Dia rasa bersalah dengan Farid yang setia padanya. Namun sifat Farid yang terlalu mendesak dan mengongkong membuatkan dia merasa bosan dan kosong. Kehadiran Syafiq telah mengisi kekosongannya. Syafiq, insan yang kesepian, yang telah kehilangan ibu bapa, insan yang tidak punya apa membuatkan Arin teringin untuk berkongsi kehidupannya bersama insan itu. Akhirnya hubungan Arin dan Syafiq diketahui apabila Farid ingin menemuinya di Taman Botana berhampiran di kediaman Arin. Dia terkejut dengan kehadiran Farid yang tak disangka itu. Waktu itu, dia sedang berbual mesra bersama Syafiq yang sudah lama hadir ke kawasan itu untuk bertemu dengannya. Wajah Farid berubah, intonasi juga berubah. Tidak mesra. Syafiq hanya diam.

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya
Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu
Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku....
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya...
(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)

Arin sudah pun membuat kata putus, namun Farid tetap dengan pendiriannya yang ingin meneruskan hubungan mereka. Arin tak mampu berkata apa-apa. Dia mengambil langkah dengan hanya berdiam diri. Dia tidak sangka yang Farid akan menjejakinya. Tiada kegembiraan dari riak wajah Arin. Apatah lagi Farid yang mendapat tahu bahawa kekasihnya itu menduakannya. Dari riak wajah mereka yang mesra, Farid tahu mereka bukanlah hanya kawan biasa.

Arin mula tidak keruan. Rasa bersalah menyelinap dalam diri. Hubungan dia dan Farid memang sudah lama pudar. Namun belum sekali kata muktamad di lafazkan. Hari itu adalah hari terakhir hubungan mereka dan hari itu juga hari terakhir dia bertemu dengan Farid. Dia ingin meminta maaf kerana melukakan hati seorang insan yang tulus menyayanginya. Namun dia langsung tidak berpeluang untuk melakukannya. Saat ini hatinya mula terpaut pada insan yang bernama Syafiq. Syafiq baginya seorang yang memahami dirinya. Seorang yang boleh menerima dia seadanya. Tapi dia tidak menyangka hubungannya mendapat tentangan dari keluarga. Dia cuba berdegil. Tapi kudratnya tak mampu. Dia tak mampu berjauhan dari keluarganya. Baginya, keluarga adalah nombor satu. Begitu payah untuk dia melupakan insan itu.

Syafiq menuduhnya bukan-bukan. Mengatakan bahawa dia telah mempermainkan perasaan insan itu. Hati kecilnya terluka tatkala mendengar tuduhan hebat yang dilemparkan Syafiq. Sungguh, dia tak pernah terlintas untuk mempermainkan perasaan Syafiq. Malah, terlalu banyak pengorbanan yang dia lakukan untuk gembirakan insan itu. Dia sudah meminta kata putus secara baik. Dia telah melakukan solat hajat dan Allah telah menguatkan hatinya. Setiap malam tidurnya bertemankan air mata. Tergamak Syafiq menuduhnya demikian. Dia tahu, Syafiq bukan yang terbaik untuknya. Dia sudah nampak sikap Syafiq yang sebenar setelah hubungan yang terjalin antara mereka hampir dua tahun. Waktu ini dia hanya berserah pada Allah. Dia hanya mampu berdoa siang dan malam..




Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi
Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai
 -------------------------------------------------------------------------



Kenangan demi kenangan telah menerjah di sanubarinya membuatkan dia terus terjaga dari tidur. Wajah-wajah yang pernah singgah di hatinya lenyap begitu saja. Bertukar wajah yang keletihan di hadapannya.

"B......"
"Ye sayang...baby kita misi bawak gi mandi sat.." Ujarnya sambil tersenyum..
"Hehe taulaa..b ok tak ni?" Arin merenung wajah tenang di hadapannya..
"Eh, oklaa. Yang penting Arin dan sufiyyah sihat. B dah ok sangat dah..hehe.."

Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini. Hadirnya memberikan sejuta kebahagiaan buat diri ini....


..............................................................................................



"Sayang, b mintak maaf. B tak dapat nak gembirakan sayang, tak dapat nak memberikan kemewahan pada sayang..b tak dapat nak bagi sayang hadiah yang mahal-mahal...tak dapat nak bawak sayang ke tempat2x yang best... "

"Ya Allah...b, tak naklaa cakap macam tuh...Arin tak kisah tu semua. Yang penting, Arin bahagia dengan b. Arin happy sangat dengan b..biarlaa, ade rezeki kita, adalaa...tu semua tak penting pun. Arin sayang b sangat2x..Arin nak b bahagia bersama Arin."


Dia teringat kata-kata itu setelah mereka sah bergelar suami isteri.

Anas, nama itulah yang kini bertakhta di hatinya. Perkenalan yang singkat melalui laman sosial Facebook tak sangka telah menyatukan mereka. Sifatnya yang penyabar, tenang dan lurus membuatkan Arin lagi sekali jatuh cinta. Namun kali ini Arin tak tergopoh gapah. Dia belajar dari pengalaman yang lepas supaya jangan mudah jatuh cinta dan percayakan seseorang. Berkat kesabaran dan doa akhirnya Arin telah bertemu dengan "Adam"nya. Dengan restu keluarga dua belah pihak akhirnya Arin disatukan dengan ikatan yang suci.



Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti, mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Kepahitan akibat mengetahui kebenaran jauh lebih baik daripada kebahagiaan akibat suatu pembohongan.
 

Cinta itu jelas indah, walaupun di sisi lain juga menyakitkan. Kerana itu kita harus belajar menikmati sisi keindahannya.




Cinta sejati harus di kedua-dua belah pihak. Itulah yang membuatnya begitu sukar untuk diperolehi.


Kita mungkin menangis kerana mencintai orang yang salah, namun satu hal yang pasti, kesalahan dan kesilapan itu menjadi pengalaman berguna untuk membantu kita mencari orang yang tepat.

"Awak asal mana?"

"Saya asal johor, awak pulak?"

"Saya dari Kedah."


 "Ya Allah, jika benar dia jodoh ku... kau satukanlah kami dgn ikatan yg halal di sisiMU Ya Allah... jika benar dia milikku, kau dekatkanlah hati kami dengan kasih sayang yang mendalam... jika benar dia yang terbaik buatku... kau peliharalah perasaan cinta antara kami agar kami saling mengasihi, agar kami saling menghormati... Tapi seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama dan dia bukanlah yang terbaik untukku Ya Allah... kau tunjukkanlah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya... Kau jauhkanlah hati kami dr sebarang perasaan... kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu Ya Allah..."

--------------------------------------------------




 

  


 




Friday, May 31, 2019

I Wonder Why.....

Assalamualaikum w.b.t....

Hmm lamenyer xupdate blog....nk update pasal yasser pn xdan dh...tapi ari neyh xdan pn nk wat dan jgk...hahah...erm ntahh...sbb tak tau nk luah kat sape..luah kat b...b pn takleh ckp pe..mari sebokkk...Gue tak tau pe salah gue...erm tkadang kite xsedo dlm kata2x kite neyh dh wat org kecik ati..tpi...erm xtaulaa...abis scroll dh...xtau nape...Seriously, rase down sgt bile kena camneyh..dahlaa nak raya pulak tuh...orang nak happy2x...happy dapat baju sedondon ngan sumayyah...tpi bile kena camneyh, asyik duk tpikir2x je...

Kalau kite terasa, xde pun org nk peduli...klau kite sedih, sorg je yg setia....b gue laa...sape lg..hihik..
Xpelaa...biarlaa gue mbawa diri sementara..pujuk diri sendiri nan lara..huhu..

Wednesday, January 17, 2018

Sumayyah Stuff


Assalamualaikum w.b.t...Tetiber terajin lak nk update blog...heheh...



Masa sumayyah umo 2,3bulan dapatlaa simpan stok susu byk sebab dia minum xbanyak..tapi bile je umo dia dh lebih 8bulan mmg xdptlaa nk simpan byk...sehari klau pam 2botol setengah tuh paling byklaa tuh...pastu dptlaa simpan stgh botol tuh..2botol confirm abis...padahal mase tuh dah stat bg dia makan puree..umo dia setaun gue dh mula slow2x malas nk ngepam..hahah..teruk btol..pastu start bg dia fresh milk brand farm fresh..alhamdulillah dia minum ok, xde masalah pape..bila dh terbiasa bg freh milk, bagi susu formula yang lain memang dia rejectlaa...cehh..




Haa, neyh Umi Sumayyah susun supaya senang nak cari...Pink untuk baju malam, biru baju siang...sampai skrg sumayyah dah nak 2taun gue still susun camneyh...senang..and sangat sesuai untuk ibu2x yang malas nk lipat baju...jemur kering angkat terus simpan...hahah..😆😆 bakul tuh susunlaa tuala kecik dia, topi stokin and accesories dia..tapi skrg stokin sumer xpakai dh..slow2x bagi kat bakal ibu bulan neyh...Mirayus..sbb baby perempuan..hihik...Nak bagi jibira baby laki lak...😅😅



And now...taaa daaaa! ! !


Bilik sumayyah skrg...neyh jelaa yg boleh umi susun..tggu rumah sendiri insya Allah...kite kasi cat cecantik...letak carpet lawa2x..and gune langsir yg cecomel..😉😊



And maafkan lah umi...umi still tgk doraemon neyh comel..hahah...tpi xover laa cam dulu..huhu





Wednesday, September 6, 2017

Welcome To The World My Daughter

04 November 2015





Besday taun neyh besday yang paling best dlm idup ini...ape yg best??haa....selain dari dapat handphone idaman (note 5) dari lovely husband (skang skrin dah retak, banjir sat), suprise dari kru suprise 2u and dapat mkn free kat Fish & CO, dapat berita yg paling happy dalam life ini..im pregnant! alhamdulillah...Maka, bermulalah kisah hidup suka duka 9bulan ini...jeng3x...(haha dua taun tunggu nak rajin meng'update) 😂

Time pregnant adelaa beberapa perkara yang pelik telah berlaku dalam diri neyh..haha..apekah??haaa....apekah??orang kata mase pregnant, emosi tak stabil..tapi gue relax abis...tenang jee...alhamdulillah, takde wat perangai merapu merapan merepek meraban pun..tapi seriously bab makanlaa agak kompiuslaa jugak...Kari...yup kari adelah my favourite lauk selama keje kat bayu puteri tuh...leh dikatakan setiap hari lauk kari tuh wajib amik...xmkn ngan nasi, cicah ngan roti canai, xpun meratah ayam dia...sekali mase pregnant, lauk tulaa yg gue takleh tgk...terus nk mutoh hijaa..loya teruss...haha...and yang kepelikan, mase pregnant gue asyik nak order nasi goreng kampung..sebab pe?? sebab gue nk makan ikan bilis..ngidam ikan bilis..😂😂😂😂 padahal mase normal gue paling tak suke nasi goreng kampung sbb dia letak ikan bilis..aduyaii..terbalik..huhu..haa yg tu jelaa..yg lain ok2 je..heheh...

39week tibelaa time yg ditunggu2x..omg, kecutnyer pewott gue..21.06.2016 kul 3ptg gue dh masuk labour room..and contraction duk memain 5minit sekali..fuhh sakitnyer Allah je yg tau..bile kul 5ptg tuh contraction makin kuat...mase tuh xleh nak pikir dah, baca 
"لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ" pun dah berterabur dah..rasa macam dah nak mati je rase..ish3x..and baby nak kuar sangat dah...b kat sebelah duk genggam tangan gue...baca mcm2x dr masuk tdi..tenang je muke beliau wlau tgh pose time tuh...salutelaa b...heheh..last2 panggil nurse ckp nak teran sgt dh neyh..depa pun duk keliling gue..and ape lagi, pushhhhh....push punya push alhamdulillahhhhh kul 6.10pm..lahirlah si comel itu...mmg comel sgt, 2.68gm..tu diaaa...si comel umi,
Sharifah Sumayyah binti Syed Mohd Husairi....😍😍😍😍


And sekarang sumayyah dah setaun tiga bulan..Baru nak belajar berjalan..hehe..takpe syg, slow2x..hehe...😘😘




Semoga anak umiwalid Sharifah Sumayyah menjadi anak yang solehah, anak yang mendengar kata, sentiasa sihat and dilindungi Allah..Insya Allah..sayanggg si comel umi neyh...😘😘😘😘 jom follow ig sumayyah #sumayyahhusairi

Wednesday, June 8, 2016

Susah Senang Kita Tetap Bersama

Assalamualaikum..
Dah lamanyer nak update blog, tapi mood hilang ntah kemana..hehe..And tetiber hari neyh mcm semangat je nak update, buat tatapan suamiku yg tersayang...Husai...hihik...Hari neyh jumaat, 03 June 2016 bersamaan 27 Shaaban 1437, time neyh dah 3hari b kat kedah, balik kampung tengok walid ngan mak. Walid kemalangan, alhamdulillah tak teruk...risau jugak..yelaa, org tua...harap walid cepat sembuh..mak pulak darah naik, terkejut dgr walid kemalangan..b nak ajak fati balik sekali, tapi memandangkan fati sarat dah, fati takleh nak follow..b terpaksa akur...b risau sangat fati sorang2x...taklaa, kakyam kan ade...:) tapi tulaa, time nk tido je mesti emo..yelaa, biasenyer b ade kat sebelah, dah lama tak kena tggal..last mase fati abort last year...2week kat jb and b balik kl..time tuh jgn ckplaa..hari2x banjir..haha..baru 3hari neyh pn nak sedih..nnti camanerlaa nak pantang kat Kedah 2bulan..huhu..

Flash Back ~ ~ Jeng3x......
Saat Perkenalan kite....

Bulan Ramadan kite kenal melalui facebook, time tuh ade org create group syed sharifah then kat situ b add fati..kite kenal2x, chat2x, last bertukar no..fati xtau nape fati senang je bg no kt b..tgk muke b sejuk kot..pastu dukung baby pulak (shifa time tuh)..ade gaya2x bapak mithali..haha..:p tapi fati still hati2x time tuh..bulan Oktober, kite set time blind date..uish memang debo + menakutkan...tpi fati taklaa pi sorang..fati gi ngan KD..Beberapa minit kemudian, b pun sampai..fati ckp ngan KD, erm smart gak 20sen..KD gelak and accept pe fati ckp..b gi dekat, jantung fati dah laju..hihik..tapi fati wat selamba je..b mcm gabra, hilang muke tenang b..hahah..memang lawaklaa..yang paling fati takleh lupa, kunci kete tertinggal dalam kete...hahahah..b punya kalut, tak tau nak cakap..tulaa first pertemuan kite and lepas tuh kite pasang target untuk bersatu..;)




Raya ke-4 2012, kite bertunang..Wat simple2x je..Masa tuh mak mintak ngan abah untuk ikat 2taun..mula2x fati rase mcm lama sgt...tapi bila pikir balik, oklaa sebab leh simpan lebih2x skit..dari dulu fati berangan nak kawin ala2x konsep kayangan..yelaa, ramai org kata wat majlis beso2x neyh membazir..tpi fati nak gak capai impian tuh..then fati kumpul skit2x and fati xleh nk harapkan b sorg memandangkan b pun baru bkerja time tuh..start taun 2013, fati gi jelajah satu JB, survey dewanlaa, cateringlaa, bridallaa, cameramanlaa and sewaktu dengannya..and akhirnya jumpe laa #NizamZaryBridal. Alhamdulillah, konsep yg fati nak tuh dia leh wat..heheh..siap berasap bagai..haha..kayangan sangatlaa konon..:p
08 June 2014, Allah satukan kita. Alhamdulillah..sumer berjalan ngan lancar..Hasil titik peluh peluh kite berdua, kite berjaya capai target xsampai 2taun...heheh..



Life After Married ~ ~
Byk yang fati bace kisah diorang lepas kawin..Same je cam kite..hihik..3bulan sebelum majlis belah kedah,fati stay lagi kat umah JB, keje kat JB lagi...and b balik keje kat KL..3bulan kite tak duk sekali..then after majlis belah kedah, fati antar notis benti, ingat nk cari keje kat KL. Last2x, transfer je Fujiroto KL..hehe..kebetulan time tuh member b sumer dah nak kuar jgk dari umah bujang tuh, then fati decide untuk stay umah bujang b jelaa, tak payah cari umah lain dah..bila confirm sumer dah kuar, fati pun pindahlaa KL..sedih jugak time pindah tuh, terpakse berpisah ngan abg jib, ira...first time "keluar" dari umah sendiri @ family..dah sampai KL, banjirlaa jugak..haha..and bermulalaa kisah suka duka kehidupan suami isteri...:')

Fati langkah masuk je umah bujang b, alamak....yeke? hahah...camneyh rupanya umah bujang lelaki..ish3x...memang tak terurus betol..heheh..sabar eh b...cian b, camneyh ke b tido..hadeyh..apelagi, fati ngan b pun bekerjasama bersihkan umah tuh..time tuh memanglaa xmampu nak beli set bilik tido lagi...so kite tido jelaa atas tilam bujang b dulu..hihik..gaji mase tuh abis beli peti ais ngan mesin basuh..haha mende penting tuh..then kite target pasang karpet pulak..Mase tuh meja sumer mane de..then wat air milo, makan roti duk bawah je..duklaa atas simen yang sejuk tuh..huhu..kite kumpul skit2x then kite pasang karpet..lepas tuh kite kumpul lg kite tambah meja makan, set bilik tido and yg paling best, set sound system..hahah..barulaa ade rupa ruang tamu skit.:p tiap2x bulan gaji asyik licin je..tuh yg kdg2x nak makan pun xckup..ish3x teruk btol..kite penah makan nasi, kicap ngan ikan masin je kan b?..fati tak kisah, yang penting kite happy sesama..terkadang macam rindu time tuh..kite gelak nangis sesama..dulu b selalu mengeluh, b cakap b takleh nak bagi fati kemewahan, bagi fati senang..time b cakap tuh, mesti air mata b bergenang..ish b neyh, saje tauu nak wat org banjir..fati tak kisah b, rezeki tuh ade kat mana2x...yg penting, fati happy b pun happy..susah senang biar kite lalui sesama..Alhamdulillah, now kite duk pun dah makin selesa..Moment dulu mmg takkan fati lupe, tuh yang wat kite makin bahagia and hidup sentiase bersyukur..Bile kite ade sifat sabar, Insya Allah sumernyer dpermudahkan..;)

08 June 2016, Happy Anniversary yg ke-2 b!!
2taun dah kite bersama..Alhamdulillah, segalanya dpermudahkan..Insya Allah dalam masa terdekat neyh b dah nak jdi walid and fati nak jdi umi dah..taun neyh xlehlaa kite pi "honeymoon" cam taun lepas, dah sarat sangat neyh..baby neyh aktif sgt lorr..senak pewot umi tauu..heheh..Insya Allah, semoga dpmudahkan sumernyer...debo gak 20sen.. aduyaii.. taun neyh xde hadiah speciallaa b..hehe..hadiah senyuman yg manis and comel je dari isterimu ini..Semoga kite kan tetap kekal bahagia hingga ke akhir hayat..fati sayanggg b sangat2x...;)






Neyh je yg mampu fati bagi...xtaulaa b suke ke tak...xpelaa, b xsuka pun kena wat2x suka gak...hihik... Jeng3x...

Thursday, August 27, 2015

Hand-Made Custom Album (Anniversary)



08 June 2015
Genap setaun ikatan ini terjalin...kitorang plan sambut anniversary kat Kota Kinabalu..tapi sedih sebab time tuh tetiber gempa bumi...dugaan...sabar jelaa...tak dapatlaa nak jejak ke Mount Kinabalu..Nak pi dekat pun tak berani..huhu
So pi jenjalan yang dekat-dekat je..

Album Anniversary..;) sape2x berminat boleh buat tempahan yea..












Insya Allah next trip ke Sarawak pulak...jalan-jalan dalam Malaysia jelaa dulu...ade rezeki lehlaa jalan ke tempat orang pulak..hihik
Alhamdulillah...segalanya berjalan ngan lancar...thanks my hb utk hadiah anniversary tuh..hehe..Moga hubungan kite tetap kekal bahagia hingga ke Jannah..
InsyaAllah...:)

Hand-Made Custom Album

 Customer Order

Testimonial:
Hasil kerja kemas, cuma nak tegur dari segi gambar, klau boleh elakkan dari nampak kesan
print..then cover album picture cantik, cume dari segi penampalan tu klau boleh cover dengan
frame ke atau something like that..Ranking: 9/10 sbb handmade...
Thank you sis Feyna...:)








Sape2x yang berminat nak order, boleh terus direct call / sms / whatsapp fati kat no. 0127744 755..
Kualiti album tak dapat macam kat kedai sebab handmade and harga dia jauh lagi murah dari custom album kat kedai...jom2x...;)